Tuesday, August 27, 2019

Cerpen Mikro : Sesumpah

Cikgu Huge Screwer baru selesai bermesyuarat berkaitan dengan disiplin pelajar di bilik guru besar. Beliau merupakan seorang guru disiplin yang berdedikasi dan amat disegani oleh para pelajar dan guru-guru di sekolahnya di daerah Bottom Street. "Huge, tunggu sekejap! Aku nak betulkan kasut ni", sapa Sandra yang ingin berjalan beriringan. " Apa yang engkau bincangkan dengan pengetua tadi?", Sandra cuba hendak menyibuk. "Tak ada apa sangat, cuma kami bimbang dengan keadaan sebilangan pelajar lelaki yang dah mula nak men'trans-gender'kan diri di sekolah ni",keluh Huge dengan nada kerisauan."Alah, budak-budak sekarang kalau dah ada duit dari "sumber" mana tah, memang terfikir macam-macam hendak dibuat dek melayan naluri songsang mereka tu",ujar Sandra cuba membuat andaian.

"Yang kau ni aku tengok umur dah masuk 46 tahun. Ekonomi dah mantap, hebat bergaya dan tampan malah dihormati di sekolah ni dan komuniti setempat engkau. Bila kau nak mendirikan rumahtangga? Takkan tak ada yang sangkut?", soal Sandra yang menginginkan kepastian kerana dia adalah salah seorang yang pernah meraih cinta Huge tetapi tidak berbalas. "Entahlah, mungkin aku ni terlalu seronok sangat dengan kerja dan tanggungjawab aku ni mendidik dan cuba membentuk akhlak generasi muda kut. Lagipun aku rasa tak bersedia lagi nak bagi komitmen pada rumahtangga dan keluarga",luah Huge yang merupakan salah seorang aktivis hak asasi manusia tersohor di daerahnya.

Tiba-tiba telefon bimbit Huge berbunyi membuatkan Sandra merasakan pertemuannya dengan Huge pada pagi itu terganggu. Huge meminta izin untuk meninggalkan Sandra bagi melayani panggilan tersebut.

"Okey, malam ni pukul 10.00. Di mana ya? Bagaimana dengan cek? Ok, baiklah", kelihatan Huge sibuk mengatur temujanji sepertimana kebiasaannya dengan individu-individu yang terlibat dengan kerja-kerja amalnya.

_____________________________________________________

Ting-tong!Ting-tong! Berdenting loceng di sebuah bilik di tingkat 2 sebuah hotel bertaraf 3 bintang di daerah berkenaan.Setelah pintu bilik berkenaan dibuka, terpacul seorang lelaki kacak dan sasa tubuhnya yang hanya bertuala di muka pintu. "Oh Huge, sayangku! Kau memang tepat pada masa", ucap lelaki tersebut sambil terus merangkul Huge dalam pelukan dan memberikan kucupan mesra.